Tuesday, December 29, 2009

Antara penambah seri




Pelangkap kepada pengantin..Bunga Tangan

Bunga tangan mampu menaikkan seri pengantin. Pemilihan jambangan bunga yang seeloknye bersesuaian dengan warna busana pengantin yang ingin di gayakan.

Panduan

Penggunaan reben, organza dan satin adalah asas utama dalam membuat ikatan bunga lebih cantik.penggunaan balutan kertas kebiasaannya digunakan utk gubahan bunga utk hadiah jd elakkan utk hari persandingan
Bunga tangan yang kecil sesuai bg pengantin yang rendah dan jambangan bunga tangan yang besar sesuai digayakan oleh pengantin yang tinggi lampai.
Bunga kecil cantik di selitkan besama bunga hidup yang telah dipilih mengikut warna tema.

Thursday, December 24, 2009

Tepak Sirih Vs Sirih Junjung




Adat dalam menyampaikan hajat utk menyunting seorang gadis, secara tradisinya pihak lelaki akan bertandang membawa tepak sirih ketika merisik. bersama itu juga akan di bawa cincin sebagai tanda "jadi" sebelum rombongan seterusnya di bawa ketika majlis bertunangan. Pada majlis pertunangan pihak perempuan pula menyediakan sirih junjung sebagai tanda menerima hajat pihak lelaki. Jambangan sirih junjung atau tepak sirih di anggap kepala atau penghulu kepada iringan barang2 hantaran yg lain. Sebab tu selalu kalu kite lihat, org2 tua biasenya akan meletakkn sirih junjung paling hadapan berbanding dengan hantaran lain ketika majlis rundingan di buat.


Bunga Tangan



Pengantin tanpa bunga tangan kurang lengkap.nak2 bile die nk berjalan g sambut pengantin lelaki.penggunaan bunga segar nampak lebih hidup berbanding bunga artificial. Kadang2 ade jugak yg pilih bunga dip atau bunga manik kristal.tp bunga segar gak best..hehehe


Wednesday, December 23, 2009

Gubahan Hantaran Suzila & Hafidz


Gubahan hantaran bg pihak lelaki dan perempuan. 7 dulang berbalas 9 dulang hantaran. tema kuning dan putih adalah dari bunga artificial manakala tema pink maroon adalah bunga stokin.

Majlis Teman Rapat


Majlis persandingan best friend saya mse kami still satu tempat kerja. kirenye die dh booked awal2 saya utk siapkan hantaran die..bunga hiasan untuk pelamin di sediakan sehari sebelum majlis. Konsep bunga segar warna putih.




















Salam perkenalan

Assalamualaikum dan Selamat datang diucapkan pada yang sudi singgah ke Blog saya ni...sekian lame cari masa nk create Blog sendiri ari ni br terhasil..serba sedikit nk diceritakan..Achuu craft ni dihasilkn adalah untuk memaparkan hasil kerja2 yang bole dikatakan sebagai minat saya..minat yang sekarang ni dh jd salah satu punca rezeki jugak..
Aper yg saya harapkan dengan ade nye Blog ni..akan lebih banyak komen2 membina dari kawan2 dan lg banyak tempahan utk kembangkan lagi idea dan dlm mase yang sme leh isi mse terluang saya.