Monday, January 4, 2010

Hantaran????!!!!

Time tunang nk bg hantaran..tak pun time nikah or masa majlis sanding. kadang2 tu kedua2 majlis nak di adakan barang hantaran.baru meriah rombongan yang datang.
..sampai kadang2 susah nk pilih ape nk bg kn..


..ape pun yang kite hadiahkan.mesti la atas dasar pemberian tanda sayang..

Barang Hantaran

  • Barangan untuk bakal suami atau isteri tiada istilah minimum atau maksimum namun kebiasaanya perlulah senada dengan bajet yang di peruntukan. Jika berkemampuan bolehlah memilih barangan pada baget besar. Sebaik-baiknya barangan yang hendak dibeli haruslah sepadan dengan gaya hidup dan hobi pasangan anda. Lebih afdal sebab barangan terbabit bakal di gunakan oleh pasangan semasa majlis pernikahan atau selepas perkahwinan.Jangan sampai membazir.ada kalanya barangan di beli ikut citarasa insan lain, akhirnya x di gunakan. Isk3 Motanai…

    Idea pemilihan barangan hantaran lelaki

    Antara barangan yang lazim di jadikan hantaran

    - Kategori biasa
    o Tepak Sirih / Sirih junjung
    o Baju Melayu
    o Sampin
    o Songkok
    o Sejadah
    o Al-Quran
    o Set Wallet & Tali Pinggang
    o Jam Tangan
    o Set Wangian
    o Set Pakaian Pejabat (Kemeja, seluar, tali leher)
    o Set Pakaian bersosial (Kemeja-T, Jeans)
    o Kasut
    o Potpuri
    o Kek
    o Buah2an
    o Manisan
    o Coklat

    - Kategori bajet besar
    o Handphone
    o Kamera Digital
    o Video Kamera
    o Laptop
    o Ipod
    o PDA
    o PS3, 4, 5.....
    o Motosikal
    o Alat Muzik


    Idea pemilihan barangan hantaran perempuan

    - Kategori Biase
    o Sirih junjung
    o Baju Nikah/ persalinan
    o Sejadah
    o Telekung
    o Al-Quran
    o Set penjagaan muka
    o Set Make up
    o Kasut
    o Handbeg
    o Set Minyak Wangi
    o Potpuri
    o Coklat
    o Kek
    o Pulut kuning
    o Manisan

    - Kategori Baget Besar
    o Kereta
    o Rumah
    o Handphone
    o Laptop
    o Kamera Digital
    o iPod / iPhone

Tuesday, December 29, 2009

Antara penambah seri




Pelangkap kepada pengantin..Bunga Tangan

Bunga tangan mampu menaikkan seri pengantin. Pemilihan jambangan bunga yang seeloknye bersesuaian dengan warna busana pengantin yang ingin di gayakan.

Panduan

Penggunaan reben, organza dan satin adalah asas utama dalam membuat ikatan bunga lebih cantik.penggunaan balutan kertas kebiasaannya digunakan utk gubahan bunga utk hadiah jd elakkan utk hari persandingan
Bunga tangan yang kecil sesuai bg pengantin yang rendah dan jambangan bunga tangan yang besar sesuai digayakan oleh pengantin yang tinggi lampai.
Bunga kecil cantik di selitkan besama bunga hidup yang telah dipilih mengikut warna tema.

Thursday, December 24, 2009

Tepak Sirih Vs Sirih Junjung




Adat dalam menyampaikan hajat utk menyunting seorang gadis, secara tradisinya pihak lelaki akan bertandang membawa tepak sirih ketika merisik. bersama itu juga akan di bawa cincin sebagai tanda "jadi" sebelum rombongan seterusnya di bawa ketika majlis bertunangan. Pada majlis pertunangan pihak perempuan pula menyediakan sirih junjung sebagai tanda menerima hajat pihak lelaki. Jambangan sirih junjung atau tepak sirih di anggap kepala atau penghulu kepada iringan barang2 hantaran yg lain. Sebab tu selalu kalu kite lihat, org2 tua biasenya akan meletakkn sirih junjung paling hadapan berbanding dengan hantaran lain ketika majlis rundingan di buat.


Bunga Tangan



Pengantin tanpa bunga tangan kurang lengkap.nak2 bile die nk berjalan g sambut pengantin lelaki.penggunaan bunga segar nampak lebih hidup berbanding bunga artificial. Kadang2 ade jugak yg pilih bunga dip atau bunga manik kristal.tp bunga segar gak best..hehehe


Wednesday, December 23, 2009

Gubahan Hantaran Suzila & Hafidz


Gubahan hantaran bg pihak lelaki dan perempuan. 7 dulang berbalas 9 dulang hantaran. tema kuning dan putih adalah dari bunga artificial manakala tema pink maroon adalah bunga stokin.

Majlis Teman Rapat


Majlis persandingan best friend saya mse kami still satu tempat kerja. kirenye die dh booked awal2 saya utk siapkan hantaran die..bunga hiasan untuk pelamin di sediakan sehari sebelum majlis. Konsep bunga segar warna putih.